Friday, January 25, 2013

Sambutan Maulidur Rasul SKRH


Geng masak 2013......

Khamis 24.1.2013 Persiapan Sambutan Maulidur Rasul dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. 



Nor Amani Mohd Zin Team masak skrh memang tbaek....rasanya esok masakan terakhir team ni Saberi Md Kassim...bg peluang kt team lain lak...

Saberi Md Kassim setuju tapi...asyik2kita je xde orang lainke...camne ya nak wat camni.....inilah statement2yg akn didengari kelak...xpela besan,bila aku kuar dari skrh pasti xde da keje camni




Jumaat 25.1.2013 Sambutan Maulidur Rasul.

Jam 6.45 pagi lagi geng masak sudah mengorak langkah. Menu utama bubur nasi rencah pelbagai, Menu sampingan ikan masin goreng cili api special, kuah kicap cili api berapi, sambal jering merah menyala sedap tak terhingga dan  mayo scrambled eggs.


Sedia berkhidmat walaupun sudah tamat perkhidmatan....




Gadingan yang matop.....



GPK 1 turut turun padang.....merangkap tukang rasa. 


Khaifarah Ahmat Khairi Steady & smart jer en bahar kita ni kacau bubur.....betul2 kacau ker @ posing maut jer nie.....

Mohd Zaidi Ab Manaf ambik nama je ni,,berpeluh pun x,,hohoho




Mayo Scramble Eggs + kuah kicap cili api berapi


Ary Yan Sedapla sambal kicap tu...bg resepi skt..



Maizah Jalil Ary Yan kena minta pada masterchef Saberi Md Kassim



Ary Yan Ok...igt akak punya resepi...tp mknanan ari ni semuanya best...tahniah buat semua ajk masakan..







Bubur perencah rahsia


Ikan tamban goreng cili api berapi


AJK makanan VIP  Pn. Sharipah dan Ustazah Faridah.

 Hidangan untuk peceramah.


Berarak sambil berselawat




Khaifarah Ahmat Khairi Dua2 ustzh ni ligat tgn masing2 memberi arahan.....pening MC nk ikut yg mana satu. kihkihkih......







Tokey air.....


Laris sungguh bubur nie.....bertambah-tambah anak-anak di SKRH. 

Apa kata ustazah:

Jutaan terima kasih kpd smua guru2 n staf atas segala sokongan + kerjasama bg menjayakan majlis maulidurrasul pd hari ini.. esp team masak yg ditekongkan oleh ckg Saberi Md Kassim.. mmg superb! 1st time ija makan bubur lambuk 'berlauk' mcm hari ni ~ >.< Hanya Allah jer yg dpt mngganjarkan kalian dgn sgl kebaikan.. moga kita semua turut 'dipandang' oleh Baginda Nabi di sana nanti ~ amin


Tuesday, January 15, 2013

Program Transisi 2013

Assalamualaikum semua. Rasanya belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua guru dan pelajar. Kami warga SKRH juga mengalu-alukan kedatangan GPK HEM kita iaitu En. Jamaludin b. Nayan. Selamat datang dan semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di SKRH.

Kepada pelajar-pelajar cilik Tahun 1,minggu Transisi telah pun berakhir hari ini.Nampaknya bermacam-macam ragam tahun nie ye...ada yang menangis, berguling, lari pun ada....Sabarlah ye cikgu-cikgu, InsyAllah hanya Allah yang dapat membalas jasa baik cikgu dalam mendidik anak-anak ini.

Marilah kita lihat antara aktiviti yang telah dijalankan oleh anak-anak didik tahun 1 sepanjang program Transisi 2013.


Mengenal rakan melalui huruf blok dan warna.







Senaman ringan


Santapan Rohani






Aktiviti motor halus dalam kumpulan: Epal Gergasi









Lawatan ke tempat letak kereta guru dan letak basikal murid.Penerangan ringkas berhubung penjagaan keselamatan di tempat berkenaan.




Itu di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program Transisi. Semoga anak-anak tahun 1 ini dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan dapat meneruskan alam persekolahan dengan lebih berkeyakinan seterusnya dapat menjadi pelajar yang cemerlang akademik,akhlak dan sahsiah. InSyaAllah.