Saturday, January 15, 2011

PEPERIKSAAN AWAM 2011

UPSR 13-15 September 2011
PMR 4-12 OKTOBER 2011
SPM 14Nov-14 Dis 2011
STAM 12-19 Oktober 2011

DISEMBER 2010

Top

JANUARI 2012

Top.bmp

Program Motivasi ibubapa dan Mentor Mentee 2011

Mentor Mentee 002
Program Mentor Mentee 2011
Mentor Mentee 009

Program Motivasi ibubapa 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

· Pembangunan modal insan

· Penghasilan pelajar celik minda

· Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

· Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

· Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

· Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Transformasi Kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

clip_image001

Hasrat Pendidikan

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Cabaran Abad Ke-21

- Dasar Pendidikan Kebangsaan - Model Baru Ekonomi (MBE)

- Wawasan 2020 - Teori Pembelajaran

- Rangka Rancangan Jangka Panjang - 4 Pillars of Education

clip_image001[5]

 

clip_image001[7]

clip_image001[9]

 

          clip_image001[11]

CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

· Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira

· Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif

· Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)

· Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni

· Jati diri dan semangat patriotisme

· Memahami dan menghayati budaya nasional

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

· Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

· Berasaskan Prinsip KBSR:

- Pendekatan bersepadu

- Perkembangan individu secara menyeluruh

- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

- Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global

Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH /

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

clip_image002

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia

Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul

Bahasa Malaysia

Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris

Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris

Able to respond to:

a. Book covers

b. Pictures in books

c. Characters

with guidance

Matematik

Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik

Menamakan nombor hingga 100:

a. Membilang objek dalam kumpulan.

b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.

Mengapa Standard?

• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.

• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Top.bmp

Top.bmp

Bahan Kurikulum

1. Dokumen Kurikulum

2. Buku Teks

• Standard Kandungan

• Standard Pembelajaran

• Berpendekatan Modular

Pedagogi

Kemahiran Berfikir

Belajar Cara Belajar

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelanjaran Secara Konteksual

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pengajaran Berasaskan Masa Depan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK)

clip_image002[4]

Pentaksiran P&P

v Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran

v Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai

v Bersifat autentik dan holistik

 

Kesimpulan

q Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21;

q Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan

q Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan

HASIL LAWATAN PENYELIAAN & PEMANTAUAN BERKELOMPOK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Pengurusan Kurikulum
1. Buku Rekod Mengajar

- Ramai guru yang tidak mencatatkan refleksi atau impak selepas setiap P&P
atau penulisannya terlalu subjektif , tiada ukuran untuk dijadikan panduan
- Kebanyakan guru mencatatkan aktiviti dalam penulisan rancangan harian terlalu ringkas
Aktiviti yang dicatat tanpa mengambilkira tahap pencapaian murid.
Kebanyakan guru tiada catatan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hanya menyertakan cetakan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai RPT.
- Melampirkan RPT dan Sukatan Pelajaran yang telah lusuh atau tulisan yang tidak terang /sukar dibaca. Ada yang mencatatkan disimpan pada fail yang berasingan tetapi tidak disertakan untuk rujukan, ianya sepatutnya mudah diakses bila diperlukan
- Helaian Rekod Penghargaan, Pertemuan Profesional dan Aktiviti Guru tiada catatan , ianya memudahkan pihak pentadbir untuk membuat penilaian prestasi.
- Ada guru yang tidak membawa Buku Rekod Mengajar – satu kesalahan. Guru perlu menghayati nota dan catatan yang disertakan dimuka hadapan BRM sebagai panduan dan rujukan.
2. Proses Pengajaran & Pembelajaran

- Guru masih menggunakan cara tradisional – penyampaian yang tidak menarik dan mencatat atas papan tulis. 9 kaedah pedagogi baru yang diperkenalkan tidak digunakan.
- Kaedah yang digunakan kaedah yang berpusatkan guru.
- Guru banyak menggunakan kaedah ceramah ( lecture) tanpa mengambilkira tahap pencapaian dan kebolehan murid.
- Setiap P&P perlu dimulakan dengan set induksi yang relevan agar dapat menarik minat dan perhatian murid untuk dikaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.Aktiviti yang menarik yang ada hubung kait dengan pelajaran dan aktiviti pengukuhan . Guru sering menggunakan aktiviti mebaca buku teks secara bergilir didalam kelas . Kaedah ini tidak sesuai untuk matapelajaran Sains, Kajian Tempatan , Kemahiran Hidup dan matapelajaran lain selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Kemudahan ICT – makmal komputer, course ware, Astro ( TV Pendidikan) dengan pendekatan yang lebih menarik tidak digunakan dengan meluas.
- Penggunaan ABM / BBM – terlalu minimum menyebabkan proses P&P membosankan dan kurang berkesan.
- Aktiviti amali untuk matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup kurang dijalankan. Murid hanya belajar secara teori atau maya sahaja.
- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ditempat mengajar kelas peperiksaan tanpa memberikan bimbingan terlebih dahulu. GSTT perlu diberi bimbingan dan tunjukajar oleh guru-guru berpengalaman dan terlatih.
- Pencerapan rakan sebaya, ketua panitia dan pentadbir perlu diamalkan dengan berjadual, berkala dan konsisten untuk membantu dan memberi komen membina
- P&P Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak dipisahkan . Guru yang mengajar bukan guru opsyen dan silih berganti setiap tahun dan ramai. Diajar tanpa mengikut sukatan pelajaran yang betul. Peralatan kurang seperti ragbi, hoki dan badminton.
- P & P Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik – tiada bilik Muzik Khas menyebabkan menganggu kelas yang berdekatan. Guru yang mengajar bukan guru opsyen menyebabkan kemahiran dan pengetahuan guru terhad. Bilik muzik sering diletakkan di tingkat atas menyebabkan guru dan pelajar menghadapi kesukaran memindahkan peralatan bila diperlukan untuk membuat persembahan.
- P&P Sains- guru jarang membuat eksperimen , jika dibuat dalam kumpulan yang besar.
Menyebabkan murid kurang minat mempelajari Sains
- Guru bukan opsyen hendaklah diberi bimbingan dan latihan berkala.
3. Buku Nota / Buku Latihan

Dikebanyakan sekolah :-
- Nota dan latihan yang diberi guru tidak mencukupi
- Tidak diperiksa dengan teliti, teguran/ulasan asas penulisan buku nota /buku tulis
· Tulisan murid yang tidak kemas
· Tarikh dan hari tidak dicatat
· Garisan tepi sebelum memulakan tugasan
· Ejaan dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil
· Buku nota / buku tulis yang kotor dan koyak
- Tiada catatan penghargaan atas kerja murid yang baik dan kemas.
- Tidak ada tindak susulan atas segala teguran yang dbuat.
- Murid wajib membuat pembetulan atas segala kesilapan bagi tujuan mengulangkaji.
4. Fail Panitia Matapelajaran

- Penyediaan fail panitia yang lengkap , kemas dan mudah diakses
- Catatan minit mesyuarat yang menggunakan format lama
- Mesyurat kurikulum sekolah , agendanya hanya membincangkan hal-hal pengurusan ( house keeping) lebih banyak digunakan oleh pentadbir untuk memberikan taklimat.
- Seharusnya mesyuarat kurikulum di gunakan untuk membincangkan tahap pencapaian /prestasi murid. Aktiviti yang sesuai dijalankan oleh membantu mempertingkatkan
Prestasi murid. Post mortem perlu dibuat.
- Didalam mesyuarat kurikulum sasaran keputusan sekolah berdasarkan headcount yang dibuat dengan menggunakan panduan dan rujukan dari pelan strategik sekolah.
- Mesyuarat panitia digunakan untuk membincangkan sasaran murid mengikut matapelajaran. Setiap ujian/peperiksaan dalaman hendaklah dibuat JSU soalan. Post mortem terperinci untuk keputusan, soalan dan pencapaian murid berdasarkan matapelajaran.
5. Bengkel / Makmal/Bilik-bilik Khas

5.1 Bengkel KHSR
- Bengkel yang dibina khas , lengkap dengan perabot dan peralatan
- Bengkel yang diubahsuai ada yang lengkap dan dijaga rapi tetapi banyak yang tidak kondusif dan padat jika satu kelas 35 ke 40 orang murid dalam satu-satu masa
peralatan yang tidak mencukupi menyebabkan aktiviti amali lambat dan tidak berjalan lancar.
- Tiada bengkel – bahan dan peralatan disimpan didalam stor sukan atau stor am sekolah,
Kelas amali dijalankan di bilik darjah atau kantin atau kaki lima kelas – tidak selesa dan tidak sesuai.
5.2 Bengkel Bidang Teknik & Vokasional – KHB/MPV/LKTK
- Bengkel ERT kebanyakannya terjaga rapi dan ceria
Ada bengkel kerja kayu, kerja paip dan kerja elektronik-tidak tersusun , tidak berlabel dan peralatan tidak dijaga baik.
- Kebanyakan bengkel pertanian, terbiar dan tidak terjaga .
- Kebanyakan bengkel MPV dalam keadaan baik dan selesa untuk P&P,
Bengkel LKTK – sekolah yang menawarkan matapelajarn tersebut – bengkel terjaga
Sekolah yang tidak menawarkan matapelajaran tersebut tetapi ada bengkel – bengkel tidak terjaga atau dijadikan kelas. Bengkel berada di tingkat atas – Tingkat 3 peralatan yang besar dan terlalu berat di tempatkan dibawah – tempat yang tidak sesuai
5.3 Makmal Sains ( Sekolah Menengah) Bilik Sains ( Sekolah Rendah)
- Banyak makmal Sains yang telah lama dan uzur fizikalnya – perabot rosak dimakan anai-anai
- Penggunaannya tidak maksimum
- Proses pelupusan bahan-bahan berbahaya sukar dan mahal.
- Makmal Sains/ Bilik Sains perlu diaudit setiap tahun supaya makmal diurus mengikut prosedur yang betul.
5.4 Makmal Bahasa
- Tidak digunakan secara maksimum
- Tiada bekalan bahan, courseware perlu dibina sendiri oleh guru.
- Peralatan telah rosak dan bila dilaporkan ke JPNS , dimaklumkan bahawa tiada peruntukan
untuk membaikpulih, penggunaan kaset telah ketinggalan zaman , sukar mendapat bekalan.
5.5 Makmal Komputer
- Penggunaannya tidak secara maksimum
- Banyak komputer dalam makmal komputer rosak yang tidak boleh digunakan.
- Bilangan yang sedikit menyebabkan murid perlu berkongsi
- Internet tidak dapat diakses atau terlalu perlahan menyebabkan program seperti ZOOM A tidak berjaya.
- Peruntukan khas perlu untuk kos penyelenggaraan peralatan komputer.
6. Pengurusan Headcount

- Headcount dibuat sekadar memenuhi keperluan PPD atau JPNS tetapi tidak dijadikan alat/tools untuk membantu memajukan prestasi murid.
- Ada disediakan tetapi ada kekeliruan atau kesilapan.
- ETR murid yang lemah disasarkan gagal- sepatutnya disasarkan markah yang minimum lulus dan guru akan berusaha membantu murid kearah itu.
- Perbincangan dua hala murid dan guru perlu ada – murid perlu tahu sasaran yang dibuat atau murid yang menentu sasaran atas bimbingan guru.
- Headcount pelu dipamer dalam kelas atau meja murid atau buku nota/latihan murid agar murid sentiasa peka dengan sasaran yang dibuat.
- Post mortem perlu dibuat oleh murid dan guru selepas setiap ujian atau peperiksaan untuk menentukan sasaran yang telah dibuat, jika dibawah paras yang disasar perlu buat post mortem tetapi jika menepati atau melepasi sasaran, sasaran baru perlu dibuat- mengelakkan murid berada dalam zon selesa.

PRASEKOLAH
Hasil dapatan Pemantauan / kursus serta taklimat dilaksanakan dalam tahun 2010,
Dapatan
· Lebih 95 % guru prasekolah memahami kehendak KSPK dan telah pun memberi taklimat pelaksanaannya kepada pihak pentadbir.
· Guru telah menjalankan 600 minit pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan 600 minit pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
· Di sekolah SJKC dan SJKT , pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu 400 minit dalam Bahasa Melayu,400 minit dalam Bahasa Inggeris dan 400 minit dalam Bahasa Ibunda.
· Kelas bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari iaitu selama 4 jam sehari.
· Tumpuan pelaksanaan p&p adalah 65 % pengajaran teras dan 35 % pengajaran tema diawal tahun sehingga Jun.
· Guru juga cuba mencapai objektif menguasai 4M (Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul ) untuk semua murid prasekolah yang tiada masaalah pembelajaran.
· Guru ada menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT ) dan menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) tetapi kurang menepati format yang telah dicadangkan semasa kursus KSPK, iaitu 3 elemen perlu ditulis iaitu Objektif, Aktiviti dan Impak.
· Terdapat sebilangan kecil guru prasekolah ( 5.26 % ) tidak melaksanakan KSPK dan guru Pendidikan Islam (2.63 % ) masih menggunakan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah tahun 1992.
· Terdapat juga sebilangan kecil ( 6.25 % ) Guru Besar yang tidak memahami KSPK.
· Pada keseluruhannya sepanjang kursus dan taklimat yang dijalankan oleh pihak Jabatan Anjuran bersama Bahagian pendidikan Guru dan Bahagian pembangunan Kurikulum mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak pentadbiran sekolah memandangkan purata kehadiran adalah melebihi 90 %.

































































































Thursday, January 13, 2011

Transisi 14.1.2011

Hari ini merupakan hari terakhir minggu orentasi selama 2 minggu untuk anak-anak murid tahun 1.   Aktiviti senaman ringan hari ini tidak dapat dijalankan kerana cuaca kurang elok.  Antara aktiviti-aktiviti hari ini ialah penjelasan berhubung jadual bertugas harian.  Tujuannya adalah untuk melatih murid berdikari dan sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah. 
Selepas rehat, murid membuat origami (lipatan kertas) yang mudah iaitu bunga tulip secara individu.  Guru membimbing murid-murid membuat aktiviti tersebut.  
Transisi 14.1.2011 006  

Program Transisi 13.1.2011

Hari ini 13.1.2011, sebelum memulakan aktiviti senaman ringan bersama En. Zaharuddin, Guru Besar telah memberi nasihat dan pesanan  kepada murid-murid tahun 1,

Transisi 13.1.2011 001  Transisi 13.1.2011 003
Murid-murid melakukan aktiviti kumpulan selepas rehat.  Mereka diminta melukis corak daripada bentuk geometri mengikut kumpulan. Beginilah gelagat mereka dalam menjalankan aktiviti tersebut.

  Transisi 13.1.2011 018

Program Transisi 12.1.2011

Seperti biasa pagi  Rabu dimulakan denga senaman ringan oleh En. Nik Mohd. Nazri.  Selepas pengurusan kelas,  diadakan sesi bercerita yang bertajuk  “Arnab dengan kura-kura”.  Murid-murid mendengar cerita  berpandu gambar. Guru bersoal jawab dengan murid berhubung cerita dan nilai murni yang terkandung dalam cerita tersebut.  Kemudian murid bercerita semula dengan bimbingan guru. 
  Transisi 14.1.2011 011
  Transisi 14.1.2011 013
Selepas rehat, murid melakukan aktiviti motor halus dengan membina kolaj buah-buahan gergasi secara kumpulan.  Inilah antara hasil kerja murid-murid tahun satu.
Transisi 13.1.2011 009  Transisi 13.1.2011 004

Sebelum pulang, murid-murid dilatih menyanyi lagu Negeri Selangor dan melukis bendera negeri Selangor dengan bimbingan.
Gambar seterusnya di http://myzajalbum.blogspot.com/2011/01/program-transisi-1212011.html

Program Transisi 11.1.2011


Seperti biasa, pagi Selasa dimulakan dengan senaman ringan oleh En. Nazri kemudian pengurusan kelas dan santapan rohani oleh guru-guru mengikut jadual. Pada jam 9.00 pagi murid-murid dibawa melawat kawasan sekolah.  Kali ini mereka dibawa ke kawasan letak kereta guru.  Murid diterangkan tentang keselamatan di kawasan ini. 

Selepas rehat, jam 10.20, murid-murid  diajar menyanyi lagu Negaraku dengan betul dan seterusnya melukis Jalur Gemilang. Begilah antara hasil kerja murid-murid tersebut.
Transisi 11.1.2011 006Transisi 11.1.2011 005
Transisi 11.1.2011 002Transisi 11.1.2011 003
Aktiviti seterusnya ialah Dinamika kumpulan (huruf blog).   Pada awalnya murid bermain dengan huruf-huruf blog pelbagai warna.  Kemudian murid membentuk huruf mengikut arahan guru dengan berpandukan huruf-huruf blog yang ditunjukkan.

Transisi 11.1.2011 014 Transisi 11.1.2011 015
Transisi 11.1.2011 013Transisi 11.1.2011 016
 Transisi 11.1.2011 017 Transisi 11.1.2011 011
Transisi 11.1.2011 007 Transisi 11.1.2011 008
Membentuk huruf-huruf menggunakan tanah liat.

Saturday, January 8, 2011

Minggu orientasi Tahun 1 SKRH

Hari pertama 3.1.2011
AWAL SEKOLAH 3.1.2011 016
Perhimpunan rasmi
AWAL SEKOLAH 3.1.2011 020
Aktiviti mewarna
Orentasi 2011 021Bermain belon pelbagai warna.
Hari kedua  4.1.2011
Antara aktiviti-aktiviti hari kedua ialah:
a. Senaman ringan.
TRANSISI 4.1.2011 007
TRANSISI 4.1.2011 014
b. Lawatan ke kawasan sekolah:
 TRANSISI 4.1.2011 017
Pejabat

 TRANSISI 4.1.2011 020
Kantin
c. Permainan huruf-huruf blog.
 TRANSISI 4.1.2011 023
TRANSISI 4.1.2011 027
d. Nyanyian
 TRANSISI 4.1.2011 042
Lagu “ABC”
 TRANSISI 4.1.2011 022
Lagu “Sayang semua”
Hari ketiga 5.1.2011
TRANSISI 5.1.2011 003
Senaman ringan bersama En. Nik

Saturday, January 1, 2011

Pengasas Blog SK Rinching Hilir.

Assalamualaikum. Selamat datang ke blog SK Rinching Hilir. Saya Pn. Maizah bt. Jalil. Mula mengajar di SKRH pada 1.6.2007. Blog ini telah ditubuhkan pada Januari 2011. Blog ini sekadar suka-suka sahaja ibarat sebagai sebuah album mengimbau kenangan lama dan sebagai diari catatan yang ingin dijadikan panduan bila diperlukan. Semoga apa jua kandungan blog ini dapat memberi manafaat kepada semua pengunjung..Andai kata ada kekurangan dan kecacatan sepanjang saya berblog ini , maaf juga yang saya pinta. Sekian daripada saya myzaj12967@ gmail.com /Maizah Jalil .