Tuesday, February 1, 2011

MODUL PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI TAHAP 1

 






KANDUNGAN

1) Pengenalan PAJ 2
2) Tujuan PAJ 2
3) Perlaksanaan PAJ 4
4) Komponen PAJ 5
5) Kekuatan PAJ 5
6) Objektif Modul PAJ 6
7) Garis Panduan Penggunaan Modul PAJ 6
8) Contoh Modul Perkembangan Fizikal 9 -17
9) Contoh Modul Penjagaan Kesihatan 18 - 26
SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK)
DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI
TAHAP1

PENGENALAN PAJ

Aktiviti Jasmani adalah aktiviti melibatkan pergerakan tubuh badan yang ada kaitannya dengan perkembangan fizikal dan kesihatan badan. Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ) pula adalah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan murid. Melalui pelbagai aktiviti PAJ, maklumat tentang kecerdasan dan kesihatan murid dapat dikumpul. PAJ ditaksir secara formatif, iaitu pentaksiran dilakukan sepanjang proses pembelajaran, melalui pemerhatian oleh guru dan rakan sebaya. Kemahiran dan kebolehan murid sama ada yang wujud secara semula jadi (innate), atau yang diperoleh (acquired) melalui aktiviti latihan dan gerak kerja yang boleh dilihat melalui pergerakan atau perlakuan, akan ditaksir melalui PAJ. Aspek jasmani yang tidak boleh dilihat seperti pengetahuan, pemikiran dsb. tidak ditaksir melalui PAJ tetapi boleh menggunakan kaedah pentaksiran yang lain seperti Pentaksiran Psikometrik melalui komponen Pintar Jasmani.

PAJ menjurus kepada pentaksiran holistik yang berupaya meningkatkan kualiti murid dari segi binaupaya insan (human capacity building) dalam era globalisasi, memberi tumpuan bukan hanya kepada keupayaan kognitif tetapi juga kekuatan dalaman yang boleh memastikan kebolehdidikan (educability), kebolehlatihan (trainability), kebolehkerjaan (employability) dan kebolehpasaran (marketability) yang tinggi pada masa akan datang.
Kemahiran PAJ yang berupaya merentasi kurikulum dapat memberi gambaran menyeluruh tentang penguasaan ilmu dan penghayatan nilai-nilai teras (core values) yang dipupuk melalui pendidikan iaitu:
q Berketrampilan
q Berinovasi
q Berakhlak mulia
q Bertanggungjawab
q Bersikap patriotik
q Keusahawanan
TUJUAN PAJ

1. Di akhir pentaksiran, PAJ menyediakan peluang kepada Murid Tahap 1 untuk mencapai tujuan berikut:

1.1 Aktiviti Jasmani:

a. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul.
b. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor.
c. membina kecekapan semasa menggabungkan kemahiran dengan pelbagai variasi pergerakan.
d. memerihal pergerakan dan kemahiran motor yang dilakukan berdasarkan prinsip mekanik.
e. membina tahap kecergasan berasaskan kesihatan yang optimum.
f. melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala.
g. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
h. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
i. mempamerkan kemahiran insaniah yang sesuai dalam aktiviti fizikal.
j. melaksanakan aktiviti dalam suasana yang seronok dan selamat.
k. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
l. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

1.2 Kesihatan:

a. menjaga kebersihan tubuh badan
b. mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat
c. mengenali ubat
d. mengurus emosi
e. menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain
f. menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan
g. mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit
h. menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, tempat awam dan tempat permainan
2. Di akhir pentaksiran, PAJ memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk mencapai tujuan berikut:
2.1 menjadikan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas sebagai budaya hidup kepada murid.
2.2 merekodkan kemahiran dan kebolehan murid dengan menggunakan instrumen sedia ada yang mudah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).
2.3 menghasilkan pelaporan Murid Tahun 1 untuk dijadikan eviden dan dokumentasi bagi membolehkan proses pengukuhan, pengkayaan dan pemulihan ke atas murid dilaksanakan.
2.4 menjadikan pelaporan sebagai panduan kepada pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa dalam usaha penambahbaikan P&P.


PELAKSANAAN PAJ

1. Melaksanakan pentaksiran secara berterusan sepanjang P&P mengikut kesesuaian guru dan kesediaan murid atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah/PPD/JPN.
2. Mentaksir pada bila-bila masa di luar waktu sekolah sewaktu sukan, lawatan, gotong-royong dsb.
3. Menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal-jawab, perbualan, kuiz dsb. oleh guru serta rakan sebaya, sama ada secara berkumpulan atau secara individu bersama guru atau murid lain.
4. Melakukan pentaksiran secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan murid dalam satu kelas atau kumpulan adalah besar.
5. Mentaksir beberapa gabungan kemahiran dalam satu aktiviti yang dijalankan.
6. Merekod menggunakan Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) dan Borang Penskoran Aktiviti Kesihatan (BPAK) oleh guru yang mengajar Aktiviti Jasmani dan Kesihatan (selepas pemerhatian).
7. 8. Melapor berdasarkan borang-borang tersebut bagi murid Tahap 1 (sekurang-kurangnya sekali dalam setahun/satu semester, atau apabila diperlukan oleh murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar sekolah).
8. Mendokumentasikan dalam Portfolio Murid sebagai eviden.


KOMPONEN PAJ


clip_image001

KEKUATAN PAJ

  1. Untuk murid yang tidak hadir, sakit, belum bersedia untuk ditaksir atau belum menguasai sesuatu kemahiran tertentu (dan memerlukan pentaksiran ulangan), guru boleh mentaksir kemahiran tersebut pada masa-masa lain menggunakan aktiviti berbeza yang mempunyai kemahiran sama dengan yang perlu ditaksir.
Contoh: Kemahiran menggunting boleh ditaksir melalui kelas lukisan, jahitan, pendidikan jasmani dan kesihatan dsb.
  1. Untuk murid kes khas (murid kurang upaya/mempunyai penyakit kronik/penyakit luar biasa), PAJ adalah setakat mengikut kebolehan dan kemampuan murid tersebut.
Contoh: Kemahiran melompat murid ini tidak perlu diulang bagi mencapai penguasaan kemahiran seperti mana murid normal.
  1. Untuk kemahiran jasmani yang tidak boleh ditaksir menggunakan PAJ, pentaksiran boleh dilakukan menggunakan instrumen Pintar Jasmani di bawah Pentaksiran Psikometrik.
Contoh: Untuk menguji kefahaman dan pengetahuan yang tidak boleh ditunjukkan secara pergerakan fizikal atau perlakuan.
4. Untuk murid yang bertukar sekolah, maklumat tentang penguasaan kemahiran murid boleh diketahui seawal mungkin oleh guru baru melalui Pelaporan Murid.


OBJEKTIF MODUL PAJ
Dengan mengikuti modul ini jurulatih akan dapat melatih guru untuk:-
1. memahami bagaimana untuk menjalankan PAJ di sekolah.
2. mengenalpasti kemahiran yang boleh ditaksir melalui PAJ.
3. menggunakan instrumen PAJ untuk mentaksir kemahiran murid berdasarkan kurikulum.
4. merekod penguasaan kemahiran murid di Borang PAJ.
5. menghasilkan pelaporan sebagai eviden PAJ.
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL PAJ

Cara Melatih Guru/Peserta
1. Bersama-sama modul ini, jurulatih akan dibekalkan dengan sekeping CD-Rom yang mengandungi perkara-perkara berikut:
a. rakaman video (bagi menggambarkan aktiviti sebenar yang dijalankan di sekolah) yang merangkumi aspek-aspek berikut:
i- Perkembangan Fizikal (PF):
a) Rakaman video A menunjukkan contoh aktiviti Kecekapan Kemahiran Pergerakan.
b) Rakaman video B menunjukkan contoh aktiviti Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal.
c) Rakaman video C menunjukkan contoh aktiviti Kesukanan.
ii- Penjagaan Kesihatan (PK):
a) Rakaman video D menunjukkan contoh aktiviti Kesihatan Fizikal.
b) Rakaman video E menunjukkan contoh aktiviti Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial.
c) Rakaman video F menunjukkan contoh aktiviti Kesihatan Persekitaran.
b. Contoh Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) yang mengandungi instrumen pentaksiran berdasarkan Standard Pembelajaran Tahap 1 yang boleh dilihat, dilaksanakan dan diukur oleh guru PAJ.
c. Contoh borang pelaporan PAJ Murid Tahun 1.
2. Jurulatih akan memainkan rakaman video untuk 1-3 minit.
Cara Mentaksir
1. Peserta diminta melihat video dan mengenal pasti aktiviti yang sepadan dengan instrumen yang disediakan dan melihat penguasaan murid secara am sebelum melihat secara khusus kepada murid yang belum/tidak menguasai kemahiran tersebut.
2. Peserta diminta mentaksir tahap penguasaan murid yang melakonkan aktiviti tersebut dan memberi ulasan kepada jurulatih.
Cara Merekod
1. Peserta diminta membuat andaian bahawa murid di dalam video tersebut adalah murid mereka yang akan ditaksir. Senaraikan nama murid-murid tersebut di dalam Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) yang disediakan.
2. Bagi setiap murid yang didapati telah menguasai kemahiran tersebut, peserta diminta merekod angka satu (1) di dalam lajur-lajur tertentu pada Borang PAJ tersebut. Setiap lajur mewakili satu kemahiran mengikut standard pembelajaran yang ditetapkan oleh kurikulum. Andaikan terdapat murid yang tidak hadir, sakit atau murid yang belum/tidak menguasai sesuatu kemahiran, tinggalkan ruang kosong di baris nama atau lajur kemahiran mereka.
3. Dalam keadaan sebenar, angka satu (1) menggambarkan bahawa murid tersebut telah menguasai kemahiran itu. Sekiranya murid belum menguasainya, guru hendaklah memberi bimbingan ulangan sehingga murid menguasai kemahiran itu. Di akhir tahun/semester, sekiranya murid itu masih lagi gagal, maka guru hendaklah merekod angka sifar (0) dalam Borang PAJnya untuk kemahiran itu sahaja.
4. Angka satu (1) akan dijumlahkan pada lajur di hujung setiap kemahiran. Jumlah ini boleh dijana untuk dicetak dan dijadikan Pelaporan PAJ murid sekiranya diperlukan oleh murid, guru atau ibu bapa.
Cara Melapor
  1. Pelaporan PAJ dalam bentuk pemberian bintang akan dijana secara automatik melalui jumlah yang tercatat pada lajur di hujung sesuatu kemahiran di Borang PAJ. Jumlah kemahiran ada dicatatkan dalam kurungan dalam pelaporan ini. Oleh kerana itu, guru mesti mencatat angka satu (1) atau sifar (0) apabila melapor supaya angka-angka ini dapat dijumlahkan.
  2. Pelaporan PAJ ini boleh dicetak dan disimpan dalam Portfolio Murid.


NOTA: Contoh-contoh aktiviti di dalam modul ini adalah hanya sebagai garis panduan bagi melaksanakan PAJ di sekolah. Guru-guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing bersesuaian dengan keadaan murid dan kemudahan di sekolah.






CONTOH MODUL
PERKEMBANGAN FIZIKAL



































PF1 Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Konteks Pergerakan Lokomotor
Objektif Pentaksiran Murid melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul.
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
1.8 melakukan pergerakan berjalan dan berlari.
1.10 melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah dan kelajuan dengan rakan dan objek.
2.3 menggunakan ruang am dengan pelbagai arah dan aras ruang yang berbeza.
5.4 mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.



Panduan Pelaksanaan Pentaksiran (a) Guru menentukan aktiviti yang sesuai untuk menunjukkan pergerakan lokomotor seperti berjalan dan berlari dengan membawa gelung.
(b) Murid melakukan pergerakan berjalan biasa dan berlari secara rawak dalam bulatan, zig-zag atau lurus.
(c) Murid melakukan pergerakan menukar arah.
(d) Murid melakukan pergerakan berjalan lebih laju secara berkumpulan.
(e) Murid melakukan pergerakan berlari laju secara kumpulan.
(f) Murid mematuhi arahan dan peraturan keselamatan semasa melakukan aktitivi fizikal.




Contoh Aktiviti [Rujuk rakaman video PF1A1 – Lakonan Memandu Kereta]
Tempoh masa 20 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa pergerakan lokomotor adalah satu amalan kecergasan diri, mematuhi arahan dan melakukannya dengan betul dapat menjamin keselamatan diri dan persekitaran.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam borang BPAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan dan keperluan mereka.
Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang Penskoran Aktiviti Jasmani
Sumber Rujukan: (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my




Modul Perkembangan Fizikal Tahun 1 – Video Aktiviti
PF1 Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Aktiviti 1 Video PF1A1 – Lakonan memandu kereta
Langkah-Langkah (a) Murid melakukan aksi memandu kereta dan bergerak.
(b) Guru memberi isyarat bergerak ke kiri, murid menukar arah pergerakan ke kiri.
(c) Ulang pergerakan ke kanan, depan, belakang dan aras tinggi dan rendah.

PF1 Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Konteks Kesedaran Ruang
Objektif Pentaksiran Murid melakukan pergerakan menukar arah dari depan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo, irama dan isyarat dalam ruang yang terhad.
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
1.4 menukar arah dari depan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo, irama dan isyarat dalam ruang yang terhad.
1.27 meniru atau mereka pergerakan mengikut irama dan muzik.
5.7 berkomunikasi antara rakan dan guru semasa melakukan aktiviti fizikal.


Panduan Pelaksanaan Pentaksiran (a) Guru menentukan aktiviti yang sesuai untuk kemahiran pergerakan menukar arah dari depan ke belakang dan kiri ke kanan dengan menggunakan muzik/tiupan wisel.
(b) Murid melakukan pelbagai kemahiran pergerakan menukar pelbagai arah dalam ruang yang dibataskan mengikut tempo, irama dan isyarat.
(c) Murid berkomunikasi (memberi dan menerima arahan sesama sendiri) sambil melakukan aktiviti dalam kumpulan.
(d) Murid dapat melakukan aktiviti dalam ruang yang terbatas dan mengamalkan sikap toleransi, bertimbang rasa, bersabar dan tidak tergopoh-gapah.


Contoh Aktiviti [Rujuk rakaman video PF1A2 – Tarian Anak Kanggaroo]
Tempoh masa 20 minit
Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang BPAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my



PF1 Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Aktiviti 2 Video PF1A2 – Tarian Anak Kangaroo
Langkah-Langkah (a) Murid melakukan aksi seekor kanggaroo melompat-lompat di dalam gelung.
(b) Apabila drum berbunyi, murid melompat keluar gelung.
(c) Lompat kanggaroo mengikut tempo drum:
i. perlahan (lompatan yang rendah)
ii. kuat (lompatan yang tinggi)
iii. perlahan dan berterusan (lompatan yang rendah dan laju
(d) Apabila wisel dibunyikan masuk semula ke dalam gelung.





PF2 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Konteks Regangan dan Kelonggaran
Objektif Pentaksiran Murid dapat melakukan pergerakan memanaskan dan menyejukkan badan.
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
3.1 melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, regangan dan pergerakan bulatan untuk memanaskan badan.
3.3 melakukan aktiviti regangan dinamik dan statik pada otot-otot utama untuk menyejukkan badan.
5.1 menyatakan dan membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti.


Panduan Pelaksanaan Pentaksiran (a) Guru memilih aktiviti regangan dan kelonggaran badan yang sesuai untuk memanaskan dan menyejukkan badan.
(b) Murid melakukan aktiviti yang sesuai bagi memanaskan dan menyejukkan badan.
(c) Murid berdialog/bersoal-jawab bersama guru tentang keperluan dan kepentingan aktiviti memanaskan menyejukkan badan.
(d) Murid menilai pergerakan rakan-rakannya yang diarah melakukan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.
Contoh Aktiviti [Rujuk rakaman video PF2B1 – Mencapai Awan]
Tempoh masa 20 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Guru secara khusus membuat pemerhatian dan bimbingan terhadap murid-murid yang belum menguasai kemahiran.
(c) Pemerhatian secara berperingkat-peringkat/berkumpulan sekiranya bilangan murid dalam satu kelas adalah besar.
(d) Guru menerangkan bahawa sebelum melakukan sebarang aktiviti, persiapan mental dan fizikal adalah penting untuk mengelakkan rencatan/kejutan.
(e) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam Borang PAJ Tahun 1.
(f) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan dan keperluan mereka.

Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang PAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my



PF2 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Aktiviti 1 Video PF2B1 – Mencapai awan
Langkah-Langkah (a) Murid cuba mencapai/menyentuh tali atau riben yang digantung (tidak boleh melompat).
(b) Bertahan selama beberapa saat.
PF2 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Konteks Jantung Sihat dan Kuat
Objektif Pentaksiran Murid melakukan aktiviti berterusan dan aktiviti bebanan sebagai ujian jantung.
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
3.2 melakukan aktiviti untuk menguji kesihatan dan kekuatan jantung.
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran

(a) Murid mengambil kadar nadi rehat masing-masing.
(b) Murid melakukan aktiviti ringan yang dicadangkan oleh guru. Murid mengulang mengambil kadar nadi sebaik sahaja selesai aktiviti. Jika berlaku peningkatan nadi bermakna jantung sihat.
(c) Murid melakukan aktiviti berat/beban dalam tempoh masa tertentu seperti berlari menaiki bukit/tangga. Jika berupaya melakukannya menandakan jantung kuat. Murid mengulang mengambil kadar nadi sebaik sahaja selesai aktiviti.
(d) Jika berlaku peningkatan kadar nadi dari kadar nadi di (b) menunjukkan jantung kuat.
(e) Murid melakukan aktiviti ini bergilir-gilir bersama pasangan/berkumpulan.
Contoh Aktiviti [Rujuk rakaman video PF2B2 – Cabut Ekor Kawan]
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Pemerhatian dan bimbingan guru secara khusus terhadap murid-murid yang belum menguasai kemahiran.
(c) Pemerhatian secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan murid dalam satu kelas adalah besar.
(d) Guru menerangkan kepentingan penjagaan jantung supaya sentiasa sihat dan kuat.
(e) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam Borang PAJ Tahun 1.
(f) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan dan keperluan mereka.





Tempoh masa 20 minit
Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang PAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

PF2 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Aktiviti 1 Video PF2B2 – Cabut ekor kawan
Langkah-Langkah (a) Setiap murid akan menyelitkan riben atau tali di belakang seluarnya.
(b) Apabila syarat diberikan semua murid akan berlari dan mengelak ekornya daripada dicuri dan dia juga cuba mencuri ekor dari seluar kawannya yang lain.
(c) Murid yang mengumpul paling banyak ekor dan dapat mengelakkan ekornya daripada dicabut dikira sebagai pemenang.

PF3 Kesukanan
Konteks Pasangan Dinamik
Objektif Pentaksiran Murid mengamalkan nilai kerjasama dengan pasangannya.
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
1.19 menangkap atau menerima objek yang dilontar lembut dengan lakuan yang betul.
1.20 menangkap bola yang dilambung sendiri.
1.21 menendang bola yang digolek daripada kedudukan statik.
1.22 menendang bola yang statik dan seterusnya berlari ke hadapan.
1.23 memukul belon ke atas menggunakan tangan, lengan dan kaki berterusan.
1.24 memukul belon ke atas menggunakan pemukul berlengan pendek/bet pingpong.
1.25 kelecek bola ke depan menggunakan bahagian dalam kaki.
1.26 kelecek bola berterusan menggunakan satu kaki.
5.8 melakukan aktiviti secara berpasangan.








Panduan Pelaksanaan (a) Murid memilih pasangan masing-masing.
(b) Murid melakukan aktiviti secara berpasangan.
Pentaksiran (c) Murid menunjukkan rasa seronok dan bekerjasama dengan pasangan semasa melakukan aktiviti.
(d) Murid bertukar pasangan selepas satu pusingan.
Contoh Aktiviti [Rujuk rakaman video PF3C1 – Pasanganku]
Tempoh masa 20 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa kerjasama penting dalam melakukan sesuatu di dalam kumpulan supaya memudahkan kerja dan mencapai kejayaan.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan dan keperluan mereka.




Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang PAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my





PF3 Kesukanan
Aktiviti 1 Video PF3C1 – Pasanganku
Langkah-Langkah (a) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
(b) Murid mencari pasangan masing-masing.
(c) Murid membuat bulatan dalam kumpulan dan diberikan nombor. (Contoh: Pasangan A1, A2, A3)
(d) Pasangan akan masuk dalam bulatan.
(e) Guru akan memberikan sebiji bola bagi setiap kumpulan.
(f) Pasangan A1 akan melontar bola menggunakan tangan dan memberikannya kepada pasangannya.
(g) Setelah pasangannya mendapat bola, bola tersebut akan dilontar semula kepada pasangannya.
(h) A1 akan melontar bola kepada A2 dan seterusnya sehingga semua pasangan diberi peluang.
(i) Setelah langkah (f) – (h) dikuasai, aktiviti tersebut diulang dengan kemahiran lain (seperti menyepak bola/mengelecek bola) kepada pasangannya.
(j) Bilangan bola ditambah bagi setiap kumpulan setelah kemahiran dapat dicapai sehinggalah aktiviti tamat.








PF3 Kesukanan
Konteks Kemahiran Memukul dengan Tepat
Objektif Pentaksiran Murid membuat pukulan dengan tepat pada sasaran.
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
1.23 memukul belon ke atas menggunakan tangan, lengan dan kaki berterusan.
5.5 memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan bersedia menerima cabaran.

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran (a) Guru mengenal pasti aktiviti yang sesuai untuk kemahiran memukul dengan tepat.
(b) Murid melakukan aktiviti pukulan dengan tepat menepati sasaran secara berpasangan/berkumpulan menggunakan teknik yang betul semasa memukul objek ke atas.
(c) Murid mengulang aktiviti pukulan dengan tepat menepati sasaran menggunakan teknik yang betul pada jarak yang berbeza.
(d) Murid mengulang aktiviti pukulan dengan tepat menepati sasaran menggunakan pelbagai peralatan.


Contoh Aktiviti [Rujuk rakaman video PF3C2 – Anak Monyet]
Tempoh masa 20 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa sesuatu cabaran yang baru apabila berjaya dibuat dengan betul akan memberikan keseronokan.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan dan keperluan mereka.
Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang PAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my





























CONTOH MODUL
PENJAGAAN KESIHATAN
























PF3 Kesukanan
Aktiviti 2 Video PF3C2 – Anak Monyet
Langkah-Langkah (a) Guru membahagikan kelas kepada kumpulan kecil (3 orang setiap kumpulan). Murid-murid ini disusun sebaris dengan Murid B berada di tengah Murid A dan C.
(b) Murid A memukul belon dengan tangan kepada murid C.
(c) Murid C memukul semula kepada murid A.
(d) Murid B cuba menangkap belon.
(e) Gilirkan kedudukan murid yang di tengah supaya semua murid berpeluang menangkap belon.



PK1 Kesihatan Fizikal
Konteks Kesihatan Diri dan Reproduktif
Objektif Pentaksiran Murid mengamalkan kebersihan diri, penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
1.2.2 mengamalkan kebersihan diri.
1.3.1 mengamalkan penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran

(a) Guru menentukan aktiviti bagi mengenal pasti kebersihan serta penjagaan pakaian dan peralatan murid (baju, seluar, setokin, kasut, sikat dsb.)
(b) Murid membuat penilaian dan perbandingan tahap kebersihan pakaian sesama mereka.
(c) Murid membezakan gambar-gambar yang menunjukkan tahap kebersihan yang berbeza (sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan makan minum dsb.)
(d) Murid-murid berbual/berucap/bercerita/menjawab kuiz tentang amalan kebersihan yang perlu dipatuhi dan pentingnya menjaga kebersihan diri setiap hari sama ada di rumah atau di sekolah.
Contoh Aktiviti [Rujuk Video PK1D1 – Permainan Memakai Pakaian Seragam Sekolah]
Tempoh Masa 20 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am pelaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa menjaga kebersihan diri, pakaian dan peralatan yang digunakan adalah penting bagi menghindarkan diri dari sebarang penyakit.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam borang BPAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan dan keperluan mereka.
Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum mengamalkan hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang PAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul Teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my




Modul Penjagaan Kesihatan Tahun 1 – Video Aktiviti
PK1 Kesihatan Fizikal
Aktiviti 1 Video PK1D1 – Permainan memakai pakaian Seragam Sekolah
Langkah-Langkah (a) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil.
(b) Seorang murid dipilih menjadi model bagi setiap kumpulan.
(c) Murid dalam setiap kumpulan membuat satu barisan dan model berdiri di hadapan barisan sejauh lebih kurang 25 meter.
(d) Guru meniupkan wisel untuk memulakan permainan.
(e) Peraturan untuk model:
i. berdiri tegak di hadapan.
ii. model hanya berpakaian singlet/baju T dan berseluar sekolah.
(f) Peraturan untuk ahli kumpulan:
Setiap ahli kumpulan akan berlari mengikut giliran menuju kepada model dan memakaikan kelengkapan pakaian sehingga selesai mengikut turutan berikut:-
- baju sekolah
- tali pinggang
- tali leher
- setokin
- kasut
(g) Kumpulan yang selesai cepat, lengkap, rapi dan betul adalah pemenang.













PK1 Kesihatan Fizikal
Konteks Pemakanan
Objektif Pentaksiran Murid memilih jenis makanan serta mengamalkan amalan pemakanan harian yang bersih, selamat dan berkhasiat.
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
2.1 memilih makanan harian yang sesuai.
2.2 mengamalkan amalan pemakanan yang bersih, selamat dan berkhasiat.

Panduan Pelaksanaan
Pentaksiran
(a) Guru memilih aktiviti yang sesuai untuk menjelaskan beberapa jenis makanan bersih, selamat dan berkhasiat.
(b) Murid mengenalpasti jenis-jenis makanan yang bersih, selamat dan berkhasiat.
(c) Murid memilih jenis-jenis makanan yang sesuai diambil semasa sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
(d) Murid membuat perbandingan antara:
- makanan yang bersih dengan yang kotor
- makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat
- makanan yang selamat dan tidak selamat dimakan
(e) Murid-murid menilai amalan pemakanan sesama sendiri semasa di kantin.






Contoh Aktiviti [Rujuk Video PK1D2 – Aktiviti Gunting dan Lekat – Memilih gambar-gambar makanan yang berkhasiat]
Tempoh Masa 30 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa amalan makanan yang betul serta makan makanan yang berkhasiat, bersih dan selamat adalah penting untuk kesihatan.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan dan keperluan mereka.




Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum mengamalkan hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang BPAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my















PK1 Kesihatan Fizikal
Aktiviti 2 Video PK1D2 – Aktiviti Gunting dan Lekat – Memilih gambar-gambar makanan yang berkhasiat.
Langkah-Langkah (a) Guru mengedarkan lembaran kerja 1 yang mengandungi gambar-gambar makanan yang berkhasiat dan kurang berkhasiat/makanan ringan.
(b) Murid memotong gambar-gambar makanan yang berkhasiat sahaja dan melekatkan pada lembaran kerja 2.
PK2 Kesihatan Mental, Emosi Dan Sosial
Konteks Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga
Objektif Pentaksiran Mengamalkan nilai yang baik sebagai ahli dalam keluarga
Kemahiran untuk ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
2.1.1 menamakan ahli dalam keluarga/penjaga
2.1.2 menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga/rumah
2.1.3 menceritakan keistimewaan diri dan ahli dalam keluarga/penjaga
2.1.6 menamakan ahli dalam rumah



Panduan Pelaksanaan
Pentaksiran
(a) Guru menentukan aktiviti yang sesuai untuk murid menamakan ahli-ahli dalam keluarga/rumahnya.
(b) Murid memperkenalkan dirinya, ahli keluarga/penjaganya dan ahli dalam rumahnya.
(c) Murid bercerita tentang keistimewaan salah seorang ahli keluarga/ahli dalam rumahnya.

(d) Murid boleh membezakan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga/rumahnya.
(e) Murid boleh membandingkan antara nilai yang baik dan tidak baik sebagai ahli keluarga.
Contoh Aktiviti [Rujuk Video PK2E1 – Aktiviti membina carta salasilah keluarga]
Tempoh Masa 20 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa setiap ahli keluarga perlu tahu nilai kekeluargaan yang baik, peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan keharmonian dalam keluarga.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan,
kemampuan dan keperluan mereka.





Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum mengamalkan hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang BPAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my




PK2 Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Aktiviti 1 Video PK2E1 – Membina carta salasilah keluarga
Langkah-Langkah (a) Guru mengedarkan carta kosong salasilah keluarga.
(b) Murid mengisi carta salasilah keluarga masing-masing.
PK3 Kesihatan Persekitaran
Konteks Penyakit Berjangkit
Objektif Pentaksiran Mengenal pasti punca penyakit berjangkit dan mengamalkan langkah-langkah mengelakkannya.
Kemahiran Untuk Ditaksir Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
1.2.2 menceritakan cara penyakit berjangkit merebak.
1.2.3 mengamalkan langkah-langkah mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit pada diri dan kepada orang lain.

Panduan Pelaksanaan
Pentaksiran
(a) Guru menentukan aktiviti yang sesuai untuk menerangkan jenis-jenis penyakit dengan menayangkan carta/slaid.
(b) Murid bercerita punca berlakunya penyakit-penyakit
berjangkit dan caranya merebak.
(c) Murid-murid membasuh tangan dengan air dan sabun sebelum makan sebagai salah satu cara mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit berjangkit.
(d) Murid menilai sesama sendiri cara mereka membasuh tangan.
(e) Murid menunjukkan cara-cara lain bagi mengelakkan penyakit berjangkit.
Contoh Aktiviti [Rujuk Video PK3F1 – Membasuh tangan sebelum makan]
Tempoh Masa 20 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa salah satu cara mengelakkan penyakit berjangkit (seperti penyakit kulit, demam selesema, jangkitan cacing) ialah dengan menjaga kebersihan diri.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan,
kemampuan dan keperluan mereka.





Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum mengamalkan hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang BPAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

PK3 Kesihatan Persekitaran
Aktiviti 1 Video PK3F1 – Membasuh tangan sebelum makan
PK3 Kesihatan Persekitaran
Konteks Keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam
Objektif Pentaksiran Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
Kemahiran untuk ditaksir: Di akhir pentaksiran, murid dapat:-
2.1.3 mengenal pasti situasi tidak selamat dan mengambil langkah-langkah keselamatan
Panduan Pelaksanaan
Pentaksiran
(a) Guru menentukan aktiviti menyediakan dan menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nombor telefon dan tempat kerja ibu bapa atau penjaga murid.
(b) Murid-murid melakonkan satu situasi tidak selamat dan menunjukkan cara tindakan keselamatan.
(c) Murid bercerita tentang pengalaman mereka berdepan dengan situasi tidak selamat semasa di rumah/ sekolah/ taman permainan/ tempat awam.

Langkah-Langkah (a) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
(b) Guru membuat tunjuk cara membersihkan kedua belah tangan yang betul.
(c) Murid secara bergilir-gilir membersihkan tangan.

Contoh Aktiviti [Rujuk Video PK3F2 – Membuat Kad Maklumat Diri]
Tempoh Masa 30 minit
Kaedah Pentaksiran (a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan kepentingan menggunakan Kad Maklumat Diri semasa menghadapi situasi tidak selamat.
(d) Guru menerangkan bahawa menjaga keselamatan di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam adalah penting.
(e) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam Borang BPAJ Tahun 1.
(f) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan dan keperluan mereka.





Kesimpulan Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Bahan Pentaksiran Borang BPAJ
Sumber Rujukan (a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my





PK3 Kesihatan Persekitaran
Aktiviti2 Video PK3F2 – Membuat Kad Maklumat Diri
Langkah-Langkah (a) Guru menunjukkan contoh kad maklumat diri kepada murid.
(b) Guru menerangkan butir-butir yang terdapat dalam kad maklumat diri.
(c) Guru mengedarkan kad maklumat diri yang kosong kepada setiap murid.
(d) Murid mengisi kad maklumat diri.








































































































































































































































































No comments:

Post a Comment